Rahsia Kami

GAMAD ASLI

Gamat asli dan terbaik hanya dijumpai di perairan Langkawi. Ini kerana tahap kemasinan dan kebersihan air disini sangat sesuai bagi pembiakan gamad secara semulajadi. Diuji secara klinikal dan terbukti berkesan menangani masalah yang berkaitan dengan kulit mahupun luka dalaman. Gamad telah di gunakan secara tradisional lebih 500 tahun dahulu. Mengikut lagenda, Mahsuri sendiri menggunakan gamat bagi melicin dan menghaluskan kulit. Dengan keunikan ini, kami telah memilih gamad asli dari Langkawi sebagai bahan utama secretleaf yang pastinya menjanjikan keberkesanan kepada para pengguna sama seperti yang digunakan oleh Mahsuri ratusan tahun dahulu.

KOLAGEN

Kolagen adalah bahan semulajadi dari dasar laut dan boleh juga di jumpai di dalam tumbuhan semulajadi. Kolagen penting bagi menganjal dan menaggalkan sel-sel mati. Struktur dan pigmen kulit bergandung pada tahap kolagen seseorang. Kolagen yang dipilih oleh secretleaf membantu anda mendapatkan semula keremajaan dan keanjalan kulit anda dalam masa yang begitu singkat.

SERAI WANGI

Serai wangi mengandungi sejenis pati iaitu “citronella”. Pati ini digunakan secara tradisional bagi merawat masalah kemurungan dengan kaedah aromaterapi. Ia juga baik untuk melancarkan perjalanan darah didalam badan disamping menghalau serangga. Secara tradisional, serai wangi digunakan sebagai pewangi kerana aromanya yang memikat. Secretleaf menggunakan serai wangi yang terpilih dan di perkaya dengan pati asli ini bagi memastikan anda mendapat kelegaan dan kecergasan sepanjang hari.

ASAM KEPING

Asam keping secara tradisional digunakan untuk menyedapkan makanan. Namun, kajian mendapati asam keping juga baik untuk menghilang bau hanyir atau bau kurang menyenangkan. Dengan adunan istimewa secretleaf, asam keping mampu menghilangkan bau badan mahupun bau yang kurang menyenangkan secara semulajadi.

MANJAKANI

Tumbuhan ajaib ini adalah herba semulajadi yang digunakanĀ  sejak turun temurun bagi merawat masalah yang berkaitan dengan perepuan. Ianya kaya dengan anti-oksida, vitamin C dan E. Patinya mengandungi formula semulajadi bagi menangani masalah keputihan. Ia juga terbukti baik untukĀ  menegangkan otot vagina, mengurangkan lendir punca bau serta merawat masalah vagina kering secara semulajadi. Adunan istimewa secretleaf yang mengandungi ekstrak buah manjakani, merawat dan memberi kebaikan semulajadi kepada anda khususnya bagi kaum hawa.

EKSTRAK LIMAU

Limau di percayai secara turun-temurun berkesan bagi melancarkan perjlanan darah. Ia juga baik untuk menaggalkan kulit dan sel- sel mati. disamping itu juga, limau dapat menghalang pembentukan fungus dan kulat. Kajian klinikal membuktikan limau adalah anti-oksidan dan anti tumor. Secretleaf menggunakan ekstrak limau kerana kebaikannya pada kulit dan memberikan anda kesegaran serta keyakinan sepanjang hari.