FREE SHIPPING FOR ORDERS ABOVE RM100

Minyak Argan Organik Pilihan Selebriti Terkemuka

Lady Gaga, Beyonce dan Taylor Swift adalah di antara selebriti terkemuka antarabangsa yang mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia kerana faktor bakat seni semulajadi mereka dan penampilan serta wajah dan kulit yang cantik dan jelita.

Di sebalik kecantikan dan kejelitaan yang mereka miliki itu sebenarnya terdapat satu rahsia iaitu mereka menggunakan minyak argan atau produk kecantikan yang mengandungi minyak argan untuk kecantikan kulit, rambut serta mencegah penuaan kulit.

Kini, pelbagai jenama produk kecantikan antarabangsa
telah menggunakan minyak argan sebagai bahan utama dan ianya menjadi pilihan artis antarabangsa.

Antaranya, model dan pelakon filem Hong Kong ‘Love You You’, Karena Teo yang memiliki kulit halus dan bersih memastikan beliau sentiasa membawa Secretleaf Pure Oil Series 01, 100% minyak argan organik di dalam beg tangan ke mana sahaja beliau pergi.

Katanya, “Saya sentiasa membawa minyak argan dan gunakan pada kuku dan bahagian siku yang kering tak kira di mana sahaja. Disebabkan rambut sering didandan, saya turut gunakan pada rambut untuk mengelakkan daripada kering dan rosak. Paling bagus mengenai produk ini ialah kerana fungsinya yang
pelbagai. Saya cuma perlu bawa satu produk, dan tentunya membantu menjimatkan ruang di dalam beg ketika mengembara.”

Di Malaysia, Secretleaf merupakan jenama produk kecantikan yang pertama dalam memasarkan 100% minyak argan organik yang dijamin asli tanpa sebarang penambahan bahan kimia pengawet mahupun pewangi.

Sejak kemunculannya dekat 10 tahun lalu, ratusan ribu pengguna seluruh negara kagum dengan khasiatnya yang boleh mengurangkan jeragat serta bintik-bintik hitam, menegangkan wajah, mengurangkan kedutan dan garis halus, pendek kata menjadikan wajah 10 tahun lebih muda tanpa penggunaan suntikan botox yang merbahaya.

Selain itu, ianya membantu mengurangkan parut dan juga kesan regangan.

Menurut Karena lagi, setelah menggunakan Pure Oil Series 01, kesan parut yang beliau alami jelas semakin pudar dan beliau tidak sabar melihat perubahan selanjutnya.

Kaya dengan vitamin E serta omega 6  dan 9, keajaiban minyak argan terbukti mampu melembap dan melembutkan kulit yang kering serta-merta, disamping melindungi daripada bahaya UV daripada sinaran matahari.

Wanita Maghribi bukan sahaja menggunakan minyak argan untuk kecantikan kulit, tapi juga pada rambut bagi mengekalkan kelembapan, membasmi rambut kering dan bercabang, serta menjadikan rambut sentiasa sihat berseri.

Kebaikan Argan ini tidak dinafikan kerana ia telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu untuk kecantikan dan anti-penuaan kulit. Tidak hairanlah, minyak argan dinamakan “Minyak Emas Morocco” dan dibicarakan dalam akhbar terkemuka dunia termasuk di dalam New York Times sebagai antara produk terbaik kecantikan.

Terkini, Secretleaf muncul dengan produk terbaru Argan Gold Discovery Set yang mengandungi 4 produk berasaskan minyak Argan. Produk ini merupakan kombinasi produk penjagaan kulit dan kosmetik dengan 10 kelebihan utama diformulasi dengan sumber organik dan sumber semulajadi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.secretleaf.com.my Jadilah
peminat Secretleaf di Facebook MySecretleaf untuk diskaun hebat dan promosi terkini.

 

 

Share:

Secretleaf Beauty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.