Best Of Argan

...
Argan Moisturizing Facial Soap

Pembersih muka jenis bar dengan kandungan minyak argan organik yang tinggi ini lebih sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi, bertindak membersihkan kulit berminyak dengan lebih efektif disamping membekalkan kelembapan optimum kepada kulit setiap hari. Juga mengandungi ekstrak licorice untuk pencerahan wajah dan kolagen marin untuk menganjal dan menegangkan kulit.

Untuk Kulit berminyak atau kombinasi.

KKM :NOT160404249K

Cara Penggunaan

Letak sabun pada tapak tangan bersama sedikit air, kemudian gosokkan kedua-dua tapak tangan untuk menghasilkan buih dan  sapu pada keseluruhan wajah dan leher. Basuh dengan sempurna, bilas dan keringkan.

Gunakan setiap pagi dan malam, atau setiap kali membersihkan wajah.

Untuk penggunaan 2 kali sehari, satu unit Argan Moisturizing Facial Soap adalah mencukupi untuk penggunaan selama 1 hingga 2 bulan.

Kesan yang Saya akan Alami

Kulit wajah menjadi bersih sempurna, segar dan lembap. Pengurangan kulit berminyak dengan penggunaan berterusan.


RM0.00 MYR
...
Argan Hydrating Cleanser

Pembersih muka argan dengan inovasi dwifungsi – membersih secara mendalam (deep cleansing)  di samping melindungi kulit dari pencemaran persekitaran – habuk, debu dan
sinaran UV kini tidak lagi dapat merosakkan kulit dengan mudah.

Keistimewaan rumpai laut ‘Fucus vesiculosis’ dari lautan Mediterranean, kaya dengan beta-carotine, Vitamin C dan zat mineral sebagai pelindung tegar terhadap radikal bebas penyebab kerosakan dan penuaan kulit. Ekstrak lautan yang tulen dan tidak tercemar ini bertindak jauh ke dasar kulit untuk merangsang daya ketahanan semulajadi kulit, melembut dan menganjalkan kulit dengan penjanaan sel-sel kulit baharu. Hasilnya, kulit lebih tahan lasak terhadap kemudaratan persekitaran.

Digabungkan dengan kuasa Vitamin E daripada minyak argan organik serta kehebatan hidrasi berpanjangan dari ekstrak lidah buaya (aloe vera) organik, sinergi ketiga-tiga bahan aktif ini memberikan perlindungan sempurna kepada kulit setiap hari, biarpun terdedah dengan pencemaran kota metropolitan.

Kajian di Eropah membuktikan pencemaran persekitaran dan impak UV matahari merupakan punca utama kerosakan dan penuaan kulit – menjadikan kulit kusam, gelap, berjerawat, berjeragat serta kendur. Justeru, perlindungan maksimum perlu dimulakan seawal langkah pertama penjagaan kulit – pembersihan muka yang mendalam dengan perlindungan berpanjangan. Jaringan pertahanan utama ini sangat penting bagi memperkasakan kulit yang setiap hari dilemahkan dengan unsur-unsur luaran yang negatif.

SECRETLEAF ARGAN HYDRATING CLEANSER diformulasi dengan teliti untuk melengkapkan keperluan kulit secara menyeluruh, dengan 90% sumber tumbuhan serta rumusan yang lembut (mild) tanpa penggunaan ejen pembersih jenis ‘sulphate’ yang banyak digunakan kerana kos yang rendah, tetapi menyebabkan kulit menjadi kering, sensitif dan pedih.

Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur serta sesuai digunakan setiap hari.

KKM : NOT151100964K

Cara Penggunaan:

Picitkan sedikit pada tapak tangan dan campurkan dengan sedikit air. Gosokkan kesemuanya sehingga menghasilkan buih, dan ratakan keseluruh wajah dengan lembut. Bilas dengan air dan pastikan kulit telah bersih. Gunakan 2 kali sehari

Kesan yang akan saya alami:

Kulit akan kekal bersih dan sihat secara natural dan kembali lembut muda remaja.

Produk ini tidak mengandungi:

Paraben, alkohol atau sulphate atau apa-apa bahan yang merbahaya.

RM29.90 MYR
...
Pure Oil Series 01 Organic Argan Oil

Produk terlaris keluaran Secretleaf mempunyai pelbagai kebaikan lengkap untuk kecantikan kulit, rambut dan kuku - tidak hairanlah Pure Oil Series 01 memenangi Trofi Cantik Lisa 2013 untuk kategori Minyak Serbaguna Pilihan. Ia membantu melembapkan kulit kering, menganjalkan wajah, mengurangkan kedutan dan garis halus serta memudarkan jeragat dan parut. Turut berkhasiat merawat rambut kering, tidak terurus dan rambut bercabang, serta menguatkan kuku yang rapuh dan rosak.

Testimoni-testimoni
Bahan-bahan

100% organic argania spinosa kernel oil
Cara Penggunaan

Setelah membersihkan wajah, titiskan 2-4 titik Pure Oil Series 01 ke atas tapak tangan, gosokkan kedua-dua tapak tangan bersama dan kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan urutan ke atas. Teruskan menggosok sehingga kesemuanya meresap dengan baik. Biarkan 5 minit sebelum menyapu krim siang.

Penjagaan Wajah

Titiskan pada tapak tangan, gosok sedikit dan kemudian sapu ke seluruh wajah. Biarkan beberapa minit sebelum keluar untuk membolehkan minyak meresap. Gunakan pagi dan malam.

Penjagaan Rambut

Sapukan kepada rambut yang rosak untuk mnghilangkan rambut pecah, kering dan sebagainya.

Sapukan ke kulit kepala untuk mengurangkan rambut gugur.
 Apakah Kesan yang Saya akan Alami?

Kulit wajah menjadi lembap dan lembut dengan serta-merta. Kesan pengurangan kedutan, garis halus, parut dan pigmentasi akan dialami dalam masa 28 hari.
Produk ini dibuat tanpa

Produk ini hanya mengandungi 100% minyak Argan asli tanpa pewangi, pewarna atau bahan tambahan lain.
RM63.00 MYR
...
Argan Rescue Night Cream

Krim malam ini diformulasi khusus untuk ‘menyelamatkan’ kulit yang terjejas akibat kesan buruk sinaran UV pada waktu siang yang menyebabkan kulit menjadi kusam, tidak bermaya dan rosak. Kandungan ekstrak yis dari inovasi bioteknologi terkini terbukti dapat meningkatkan ketahanan kulit, membantu merawat kulit rosak serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi kulit sehingga 50% lebih tinggi berbanding asal.

Semua jenis kulit.

KKM: NOT151100971K

Cara Penggunaan

Sapukan krim ke seluruh wajah dengan cara urutan ke atas untuk kesan keanjalan sehingga semuanya diserap dengan baik. Adalah disyorkan menyapu Pure Oil Series 01 sebelum menggunakan krim.

Kesan yang Saya akan Alami?

Kulit wajah menjadi lembap, lembut dan selesa dengan kesan kulit lebih sihat, berseri dan awet muda dalam masa 28 hari.

 

RM39.90 MYR
...
Argan Age Reversal Day Cream

Krim siang berasaskan minyak argan yang bertindak membantu mengundurkan 9 tanda penuaan kulit iaitu jeragat, garis halus, kedutan, kulit kering, kusam, tona tidak sekata, garis ekspresi, kulit semakin sensitif dan kulit kasar. Dengan teknologi terkini Stem Sel Oren Citrustem™ dari Sepanyol, kembalikan keanjalan dan kecantikan kulit anda bak 12 tahun yang lalu!

Semua jenis kulit, terutama kulit kering dan berusia.

KKM: NOT160404250K

Cara Penggunaan

Sapukan krim ke seluruh wajah dengan cara urutan ke atas untuk kesan keanjalan sehingga semuanya diserap dengan baik. Adalah disyorkan menyapu Pure Oil Series 01 sebelum menggunakan krim.
Gunakan setiap pagi selepas toner dan Pure Oil Series 01.

Apakah Kesan yang Saya akan Alami?

Kulit wajah menjadi lembap dan lembut, dengan kesan pencerahan, keanjalan kulit dan anti-penuaan dalam masa 28 hari.

 

RM54.90 MYR
...
Argan Oil Natural Conditioning Shampoo
Shampoo minyak argan tanpa memerlukan kondisioner untuk rambut lebih berkilau.
Rasa yang mewah, shampoo bebas sulfat dan paraben ini diperbuat dengan 97% bahan natural (menurut piawai Cosmos Eropah), bukan sahaja membersihkan, bahkan ianya juga melindungi, melembutkan rambut kering menjadikan rambut lebih berkilau, lembut dan menawan🔮

BAHAN-BAHANNYA
👒Minyak Argan - minyak kecantikan paling popular di dunia dan berkesan terbukti untuk memperbaiki rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
👒Minyak Abbysinian - berasal dari kawasan Ratu Balkis, ianya mempunyai kelebihan yang setara dengan minyak Argan untuk memelihara rambut
👒Ekstrak bawang dari Spain - kemajuan sains menjadikannya boleh membantu mengalakkan penumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

DiFORMULASI TANPA

  • Paraben - bahan pengawet yang mungkin boleh dikaitkan dengan kanser payudara dan masalah lain
  • Sulphate - bahan pembuih yang boleh merengsakan kulit
  • Alkohol - yang boleh mengeringkan kulit dan mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.
KELEBIHANNYA🌷

Formulasi mewah, lembut dan menjadikan rambut senang disikat samada ketika basah atau kering
Menjimatkan - boleh digunakan tanpa tambahan kondisioner
Manfaat berganda - bukan sekadar membersihkan rambut bahkan ianya menggalakkan pertumbuhan rambut baru
Boleh digunakan oleh wanita dan lelaki
Tidak memedihkan mata
Jimat jika dibandingkan dengan jenama antarabangsa yang setara
RM49.00 MYR
...
Argan Precious Lush
  • Berasaskan minyak argan krim tangan & badan tidak berminyak dengan haruman mewah
  • Membantu melembutkan & melembapkan kulit kering
  • Mengurangkan kegatalan & masalah jangkitan kulit
  • Mengurangkan parut dan mencerahkan kulit
RM49.90 MYR

Top

Panel Tool
Float header
Float topbar
Default Boxed Large Boxed Medium
Header Default Header One