+

Pembersih muka argan dengan inovasi dwifungsi – membersih secara mendalam (deep cleansing)  di samping melindungi kulit dari pencemaran persekitaran – habuk, debu dan sinaran UV kini tidak lagi dapat merosakkan kulit dengan mudah.

Keistimewaan rumpai laut ‘Fucus vesiculosis’ dari lautan Mediterranean, kaya dengan beta-carotine, Vitamin C dan zat mineral sebagai pelindung tegar terhadap radikal bebas penyebab kerosakan dan penuaan kulit. Ekstrak lautan yang tulen dan tidak tercemar ini bertindak jauh ke dasar kulit untuk merangsang daya ketahanan semulajadi kulit, melembut dan menganjalkan kulit dengan penjanaan sel-sel kulit baharu. Hasilnya, kulit lebih tahan lasak terhadap kemudaratan persekitaran.

Digabungkan dengan kuasa Vitamin E daripada minyak argan organik serta kehebatan hidrasi berpanjangan dari ekstrak lidah buaya (aloe vera) organik, sinergi ketiga-tiga bahan aktif ini memberikan perlindungan sempurna kepada kulit setiap hari, biarpun terdedah dengan pencemaran kota metropolitan.

Kajian di Eropah membuktikan pencemaran persekitaran dan impak UV matahari merupakan punca utama kerosakan dan penuaan kulit – menjadikan kulit kusam, gelap, berjerawat, berjeragat serta kendur. Justeru, perlindungan maksimum perlu dimulakan seawal langkah pertama penjagaan kulit – pembersihan muka yang mendalam dengan perlindungan berpanjangan. Jaringan pertahanan utama ini sangat penting bagi memperkasakan kulit yang setiap hari dilemahkan dengan unsur-unsur luaran yang negatif.

SECRETLEAF ARGAN HYDRATING CLEANSER diformulasi dengan teliti untuk melengkapkan keperluan kulit secara menyeluruh, dengan 90% sumber tumbuhan serta rumusan yang lembut (mild) tanpa penggunaan ejen pembersih jenis ‘sulphate’ yang banyak digunakan kerana kos yang rendah, tetapi menyebabkan kulit menjadi kering, sensitif dan pedih.

Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur serta sesuai digunakan setiap hari.

KKM : NOT151100964K

Cara Penggunaan:

Picitkan sedikit pada tapak tangan dan campurkan dengan sedikit air. Gosokkan kesemuanya sehingga menghasilkan buih, dan ratakan keseluruh wajah dengan lembut. Bilas dengan air dan pastikan kulit telah bersih. Gunakan 2 kali sehari

Kesan yang akan saya alami:

Kulit akan kekal bersih dan sihat secara natural dan kembali lembut muda remaja.

Produk ini tidak mengandungi:

Paraben, alkohol atau sulphate atau apa-apa bahan yang merbahaya di dalam pembersih argan.

Customer Reviews

Based on 8 reviews
88%
(7)
13%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
n
n.a.k.

Sangat berkesan, kulit lembut dan nampak cerah

A
A.L.
It's a great cleanser!

This cleanser is living up its name, it's very hydrating and it doesn't break me out! My face feels soft after using it! Great product!

N
N.n.

Its good

F
F.A.
Suit my type of skin

Suit my type of skin face... fast response.. affordable price..

A
A.M.
ARGAN HYDRATING CLEANSER

Best sangat pakai AHC ni muka lebih cerah dan jerawat pun makin kurang :blush:

We are using cookies to provide statistics that help us give you the best experience of our site. More info Accept