Best Seller

...
Kombo 3 Untuk Jeragat
Kombo 3 adalah kombinasi 3 produk asas untuk menangani masalah jeragat, kulit kusam, parut dan tidak sekata.

Setiap set ini mengandungi 1 unit sabun BeeLiv Bee Venom Beauty Bar 45 gram. Arbutin Natural LIghtening Cream 15 gram dan Peptide Perfection Spot Serum 18 ml.

Penggunaan selama 30 adalah cukup untuk menampakkan perubahan pada wajah anda. 

Produk ini tidak mengandungi bahan yang diharamkan, paraben ataupun sulphate.

Diformulasikan berasaskan BEE VENOM (diuji untuk jeragat, jerawat dan awet muda), ALPHA ARBUTIN (diuji untuk jeragat dan pencerahan) dan PEPTIDE dari Perancis (diuji untuk kulit wanita Asia bagi jeragat dan pencerahan), kombinasi 3 produk dari Secretleaf PATUT dicuba terlebih dahulu,

Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar kombinasi bee venom dengan 5 bahan lain untuk membersihkan wajah anda setiap hari tanpa sulphate atau alkohol. Ianya mengandungi sengat lebah asli dengan sukatan yang betul, peptide, kolagen, aloe vera dan vitamin E.

Diformulasi tanpa sulphate, sabun ini tidak mengeringkan kulit anda dan menjadikannya lebih lembut berbanding sebelumnya.

Arbutin Natural Lightening Cream pula membantu mencerahkan kulit serta mengurangkan kesan jeragat dan parut sehingga 25% dalam masa 3 hari (kajian in-vitro) dan juga :

  • Pencerahan kulit yang jauh lebih efektif berbanding asid kojik dan vitamin C
  • Arbutin membantu menyekat penghasilan pigmentasi kulit dengan berkesan (kajian in-vitro)
  • Arbutin tidak merosakkan sel kulit seperti hydrokuinon dan merkuri yang bukan sahaja memusnahkan sel-sel kulit yang sihat, malah meningkatkan kandungan toksik di dalam sel.
  • Herbawhite dari Korea mencerahkan wajah secara keseluruhan sehingga 40% lebih cerah (kajian in-vitro)
  • Herbawhite meningkatkan ketahanan kulit dari kerosakan akibat radikal bebas sehingga 80% lebih tinggi (kajian in-vitro)
  1. Minyak argan organik membantu mengurangkan kedutan, garis halus dan parut jerawat

Gabungan minyak argan organik dan aloe vera organik membekalkan kelembapan serta-merta dan berpanjangan pada kulit.

 

Manakala Peptide Perfection Spot Serum dengan peptide diimport adalah Serum pencerah intensif yang merawat jeragat,tona tak sekata parut dan parut jerawat untuk kulit wajah yang sempurna tanpa cela, berseri dan lebih cerah.

 

Formulasi 94% bahan semulajadi tanpa paraben, tanpa alcohol, tanpa bahan kimia

berbahaya,lembut dan setara dengan ph semulajadi kulit. Diperkasakan dengan

penggalak kolagen,berfungsi meningkatkan kolagen& elastin kulit hingga 50%

lebih tinggi untuk keanjalan kulit seumpama seusia remaja.

 

Testimoni-testimoni

 Testimoni Kombo 3

 

Penafian: Kesan berbeza terhadap setiap individu. Testimoni dipaparkan adalah maklumbalas sukarela dari pengguna kami. Sila dapatkan nasihat doktor jika perlu.
Video Testimoni

 

Bahan-bahan

Beeliv Bee Venom Beauty Bar

Sorbitol, Lauric Acid, Myristic Acid, Stearic Acid, Sodium Hydroxide, Water, Hydrolyzed Collagen, Butylene Glycol, Bee Venom, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract, Acetyl Hexapeptide-8, Tocopheryl Acetate, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Glycerin, Ethylhexylglycerin, Caprylyl Glycol, Xanthan Gum, Parfum, CI 142090, CI 15985.

Peptide Perfection Spot Serum

Water, Butylene Glycol, Acacia Senegal Gum, Sorbitol, Glycerin, Licorice Extract, Hydrolyzed Rhizobian Gum, Oligopeptide-68, Yeast Extract, Glycine Soja (Soybean) Oil, Hydrogenated Lecithin, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Sodium Levulinate, Potassium Sorbate, Sodium Phytate, Parfum.

Cara Penggunaan

Langkah pertama : Gunakan sabun Beeliv Bee Venom Beauty Bar 2 kali sehari

Langkah kedua :Sapukan Peptide Perfection Spot Serum di kawasan yang bermasalah sahaja dahulu. Apabila kulit kembali sekata, Peptide Perfection Spot Serum boleh digunakan di seluruh kawasan wajah.

Langkah ketiga : Selepas sabun, sapukan Arbutin Natural Lightening Cream pada waktu malam. Gunakan juga pada waktu siang sekiranya jeragat anda agak teruk atau untuk kesan yang lebih cepat.

Apakah kesan yang akan saya alami:

Kulit wajah anda akan menampakkan perubahan seawal 7 hari. Bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan kulit sekarang dan sejarah penggunaan produk yang mengandungi bahan terlarang sebelum ini.

Produk ini bertujuan untuk menghilangkan kesan jeragat, parut dan kulit kusam.

Cadangan Produk tambahan

Bergantung kepada keadaan kulit, anda dicadangkan menggunakan Moroccan Lava Clay Powder untuk mempercepatkan pengeluaran kulit mati dan juga Herbawhite Natural Lightening Toner untuk pencerahan dan juga mengecilkan pori.

Produk ini dibuat tanpa :

Kesemua produk ini dibuat tanpa bahan diharamkan, alkohol, paraben atau sulphate.

RM148.00 MYR
...
Argan Hydrating Cleanser

Pembersih muka argan dengan inovasi dwifungsi – membersih secara mendalam (deep cleansing)  di samping melindungi kulit dari pencemaran persekitaran – habuk, debu dan
sinaran UV kini tidak lagi dapat merosakkan kulit dengan mudah.

Keistimewaan rumpai laut ‘Fucus vesiculosis’ dari lautan Mediterranean, kaya dengan beta-carotine, Vitamin C dan zat mineral sebagai pelindung tegar terhadap radikal bebas penyebab kerosakan dan penuaan kulit. Ekstrak lautan yang tulen dan tidak tercemar ini bertindak jauh ke dasar kulit untuk merangsang daya ketahanan semulajadi kulit, melembut dan menganjalkan kulit dengan penjanaan sel-sel kulit baharu. Hasilnya, kulit lebih tahan lasak terhadap kemudaratan persekitaran.

Digabungkan dengan kuasa Vitamin E daripada minyak argan organik serta kehebatan hidrasi berpanjangan dari ekstrak lidah buaya (aloe vera) organik, sinergi ketiga-tiga bahan aktif ini memberikan perlindungan sempurna kepada kulit setiap hari, biarpun terdedah dengan pencemaran kota metropolitan.

Kajian di Eropah membuktikan pencemaran persekitaran dan impak UV matahari merupakan punca utama kerosakan dan penuaan kulit – menjadikan kulit kusam, gelap, berjerawat, berjeragat serta kendur. Justeru, perlindungan maksimum perlu dimulakan seawal langkah pertama penjagaan kulit – pembersihan muka yang mendalam dengan perlindungan berpanjangan. Jaringan pertahanan utama ini sangat penting bagi memperkasakan kulit yang setiap hari dilemahkan dengan unsur-unsur luaran yang negatif.

SECRETLEAF ARGAN HYDRATING CLEANSER diformulasi dengan teliti untuk melengkapkan keperluan kulit secara menyeluruh, dengan 90% sumber tumbuhan serta rumusan yang lembut (mild) tanpa penggunaan ejen pembersih jenis ‘sulphate’ yang banyak digunakan kerana kos yang rendah, tetapi menyebabkan kulit menjadi kering, sensitif dan pedih.

Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur serta sesuai digunakan setiap hari.

KKM : NOT151100964K

Cara Penggunaan:

Picitkan sedikit pada tapak tangan dan campurkan dengan sedikit air. Gosokkan kesemuanya sehingga menghasilkan buih, dan ratakan keseluruh wajah dengan lembut. Bilas dengan air dan pastikan kulit telah bersih. Gunakan 2 kali sehari

Kesan yang akan saya alami:

Kulit akan kekal bersih dan sihat secara natural dan kembali lembut muda remaja.

Produk ini tidak mengandungi:

Paraben, alkohol atau sulphate atau apa-apa bahan yang merbahaya.

RM29.90 MYR
...
Pure Oil Series 01 Organic Argan Oil

Produk terlaris keluaran Secretleaf mempunyai pelbagai kebaikan lengkap untuk kecantikan kulit, rambut dan kuku - tidak hairanlah Pure Oil Series 01 memenangi Trofi Cantik Lisa 2013 untuk kategori Minyak Serbaguna Pilihan. Ia membantu melembapkan kulit kering, menganjalkan wajah, mengurangkan kedutan dan garis halus serta memudarkan jeragat dan parut. Turut berkhasiat merawat rambut kering, tidak terurus dan rambut bercabang, serta menguatkan kuku yang rapuh dan rosak.

Testimoni-testimoni
Bahan-bahan

100% organic argania spinosa kernel oil
Cara Penggunaan

Setelah membersihkan wajah, titiskan 2-4 titik Pure Oil Series 01 ke atas tapak tangan, gosokkan kedua-dua tapak tangan bersama dan kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan urutan ke atas. Teruskan menggosok sehingga kesemuanya meresap dengan baik. Biarkan 5 minit sebelum menyapu krim siang.

Penjagaan Wajah

Titiskan pada tapak tangan, gosok sedikit dan kemudian sapu ke seluruh wajah. Biarkan beberapa minit sebelum keluar untuk membolehkan minyak meresap. Gunakan pagi dan malam.

Penjagaan Rambut

Sapukan kepada rambut yang rosak untuk mnghilangkan rambut pecah, kering dan sebagainya.

Sapukan ke kulit kepala untuk mengurangkan rambut gugur.
 Apakah Kesan yang Saya akan Alami?

Kulit wajah menjadi lembap dan lembut dengan serta-merta. Kesan pengurangan kedutan, garis halus, parut dan pigmentasi akan dialami dalam masa 28 hari.
Produk ini dibuat tanpa

Produk ini hanya mengandungi 100% minyak Argan asli tanpa pewangi, pewarna atau bahan tambahan lain.
RM63.00 MYR
...
Bee Liv Bee Venom Beauty Bar

Sabun mewah yang diperkaya dengan sengat lebah, kolagen marin, stem sel oren, aloe vera, Vitamin E dan peptide khusus untuk membantu mengurangkan jerawat, jeragat, tona tak sekata, mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan kulit.

Berbeza dengan sabun lain, sabun ini tidak menggunakan paraben atau sulfat, menjadikannya sangat lembut, wangi dan tidak merengsakan kulit.

Ianya menjadi pilihan lelaki dan wanita khususnya untuk yang mempunyai jerawat atau kulit berminyak dan juga untuk yang inginkan penjagaan kulit yang lebih baik.

KKM:  NOT170404803K

Testimoni-testimoni

PENAFIAN: Kesan berbeza setiap individu. Gambar ditunjukkan adalah berdasarkan maklum balas pengguna tanpa sebarang insentif. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu.

Bahan-bahan

Sorbitol, Lauric Acid, Myristic Acid, Stearic Acid, Sodium Hydroxide, Water, Hydrolyzed Collagen, Butylene Glycol, Bee Venom, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract, Acetyl Hexapeptide-8, Tocopheryl Acetate, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Glycerin, Ethylhexylglycerin, Caprylyl Glycol, Xanthan Gum, Parfum, CI 142090, CI 15985.

 

Cara Penggunaan

Digunakan setiap hari 2 kali sehari. Pembersih ini tidak mengeringkan kulit dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, lelaki atau wanita.

 

Dibuat tanpa

Produk ini dibuat tanpa menggunakan bahan terlarang, alkohol, paraben atau sulphate

RM49.90 MYR
...
Bee Liv Bee Venom Eternal Youth Moisturizer

Keperluan penting untuk melambatkan penuaan kulit atau garis halus di wajah. Moisturiser memainkan peranan untuk menjaga kelembapan kulit anda

Bee-Liv Bee Venom Eternal Youth Moisturiser yang sungguh wangi ini memastikan kulit anda sentiasa lembap dan diperkaya dengan bahan-bahan terbaik untuk mengekalkan keanjalan kulit walaupun usia anda meningkat.

Ianya perlu digunakan sejak awal untuk membantu tanda penuaan tidak kelihatan sebelum masanya.

    Moisturiser ini mengandungi minyak Argan yang merupakan adalah pelembap kulit natural terbaik dengan Vitamin E yang jauh lebih banyak berbanding minyak zaitun.
      Ia juga mengandungi ROYAL JELLY  yang kaya dengan asid amino untuk membantu melembutkan kulit, membantu menambahkan pengeluaran kolagen di lapisan epidermis kulit sehingga 100%*, membantu mengurangkan kemerahan kulit dan inflamasi, memperbaiki dan menghaluskan kulit kasar seawal 7 hari*.
        Sudah pasti ianya mengandungi BEE VENOM @ sengat lebah  yang diketahui boleh membantu kulit menambahkan kolagen dan elastin untuk kulit yang lebih muda, tegang dan sekata. Boleh membantu melawan jerawat dan mencerahkan kulit.
          Selain itu, moisturiser ini mengandungi propolis yang berfungsi sebagai antiseptic semuladi, membantu mengawal jerawat dan blemish, antioksia yang sangat bagu untuk mengawal tanta penuaan.
            Manakala  HYALURONIC Acid (HA) kualiti tinggi dengan teknologi time-release, membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, membantu pengeluaran kolagen sehingga 98% lebih banyak*, mengawal kulit dari kehilangan kelembapan dan membantu memperbaiki kulit agar lebih lembut.
              Ditambah pula dengan peptide pilhan yang merupakan Finalist untuk 25 Years of Innovation Award, bagi membantu menghilangkan kedalaman kedutan sehingga 16.9% dalam hanya 7 hari,

                *berdasarkan kajian terhadap bahan yang digunakan di dalam krim ini.

                Moisturiser atau pelembap ini adalah satu kemestian dalam rutin penjagaan kecantikan anda.

                KKM : NOT160504903K


                Cara Penggunaan

                Gunakan setiap hari 2 kali sehari atau apabila perlu.

                 

                RM138.00 MYR
                ...
                Argan Rescue Night Cream

                Krim malam ini diformulasi khusus untuk ‘menyelamatkan’ kulit yang terjejas akibat kesan buruk sinaran UV pada waktu siang yang menyebabkan kulit menjadi kusam, tidak bermaya dan rosak. Kandungan ekstrak yis dari inovasi bioteknologi terkini terbukti dapat meningkatkan ketahanan kulit, membantu merawat kulit rosak serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi kulit sehingga 50% lebih tinggi berbanding asal.

                Semua jenis kulit.

                KKM: NOT151100971K

                Cara Penggunaan

                Sapukan krim ke seluruh wajah dengan cara urutan ke atas untuk kesan keanjalan sehingga semuanya diserap dengan baik. Adalah disyorkan menyapu Pure Oil Series 01 sebelum menggunakan krim.

                Kesan yang Saya akan Alami?

                Kulit wajah menjadi lembap, lembut dan selesa dengan kesan kulit lebih sihat, berseri dan awet muda dalam masa 28 hari.

                 

                RM39.90 MYR

                Top

                Panel Tool
                Float header
                Float topbar
                Default Boxed Large Boxed Medium
                Header Default Header One