Dari Pengasas Jenama Secretleaf

Sejak dari awal, jenama Secretleaf ingin dikenali sebagai jenama tempatan yang sepadan kualiti dengan jenama antarabangsa.

Saya hanya percaya, produk yang berkualiti akan membuahkan hasil dan mempunyai daya tahan untuk perkembangan seterusnya.

Justeru, sejak dari awal permulaan, usaha berterusan dan keutamaan dibuat untuk kaji selidik pembangunan produk dan pengilangan.

Alhamdulillah, hasil sokongan pengguna, kilang pengeluaran Secretleaf mula beroperasi di Sg Lalang, Sg Petani sejak 2011 dan memiliki penarafan Halal dan GMP.

Kini, Secretleaf sedang membangunkan unit pengeluaran kedua di Klang, Selangor dan unit pengeluaran ketiga untuk segmen minuman di Pengkalan Chepa, Kelantan dengan keluasan lantai 10,000 kaki persegi.

Saya percaya, dengan sokongan pengguna, akan menjadikan jenama Secretleaf, jenama kebanggaan rakyat Malaysia yang dimiliki 100% oleh saya, diformulasi 100% oleh Secretleaf dan dikilangkan oleh Secretleaf.

Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan pengguna selama ini dan semoga anda boleh membantu kami memperluaskan lagi jenama kami di seluruh negara.

Terima kasih.

 

Amir Ramadzan Ibrahim

Pengasas/Pengerusi

Top

Panel Tool
Float header
Float topbar
Default Boxed Large Boxed Medium
Header Default Header One