Mengenai Secretleaf

Formulasi natural, tidak menggunakan bahan yang merbahaya atau meragukan, bertepatan dengan Halal dan produk yang diuji keberkesanannya adalah pegangan jenama Secretleaf.

Dimiliki oleh Secretleaf International Sdn Bhd sejak 2010, Secretleaf telah berkembang dari hanya 5 produk kepada lebih 30 produk sehingga sekarang.

Manakala dari segi pengilangan, Secretleaf kini memiliki kawasan pengeluaran berkeluasan 12,000 kaki persegi dengan 5 orang ahli kimia atau formulator dalam 3 segmen iaitu penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berfungsi.

Secretleaf International dimiliki oleh Amir Ramadzan Ibrahim dengan pegangan 100% dan sekarang mempunyai hampir 50 orang pekerja.

Dengan asas untuk memberikan pengguna, produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga mampu milik, Secretleaf telah memperuntukan sejumlah dana yang besar kepada pembangunan produk.

Justeru, pengguna akan mendapati setiap produk yang dikeluarkan oleh Secretleaf adalah bertepatan dengan kehendak pengguna dan seperti mana yang ditunjukkan.

Pada masa ini produk Secretleaf dijual di pelbagai saluran termasuk farmasi, agen, stokis, outlet milik sendiri dan juga di amazon.com

Sebagai syarikat tempatan, Secretleaf berbangga kerana mampu menawarkan kepada seluruh dunia, kualiti produk yang setara dengan jenama antarabangsa lain.

 

 

 

Top

Panel Tool
Float header
Float topbar
Default Boxed Large Boxed Medium
Header Default Header One