Produk terlaris keluaran Secretleaf mempunyai pelbagai kebaikan lengkap untuk kecantikan kulit, rambut dan kuku – tidak hairanlah Pure Oil Series 01 memenangi Trofi Cantik Lisa 2013 untuk kategori Minyak Serbaguna Pilihan. Ia membantu melembapkan kulit kering, menganjalkan wajah, mengurangkan kedutan dan garis halus serta memudarkan jeragat dan parut. Turut berkhasiat merawat rambut kering, tidak terurus dan rambut bercabang, serta menguatkan kuku yang rapuh dan rosak.
Bahan-bahan
100% organic argania spinosa kernel oil
Cara Penggunaan
Setelah membersihkan wajah, titiskan 2-4 titik Pure Oil Series 01 ke atas tapak tangan, gosokkan kedua-dua tapak tangan bersama dan kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan urutan ke atas. Teruskan menggosok sehingga kesemuanya meresap dengan baik. Biarkan 5 minit sebelum menyapu krim siang.
Penjagaan Wajah
Titiskan pada tapak tangan, gosok sedikit dan kemudian sapu ke seluruh wajah. Biarkan beberapa minit sebelum keluar untuk membolehkan minyak meresap. Gunakan pagi dan malam.
Penjagaan Rambut
Sapukan kepada rambut yang rosak untuk mnghilangkan rambut pecah, kering dan sebagainya.
Sapukan ke kulit kepala untuk mengurangkan rambut gugur.
Apakah Kesan yang Saya akan Alami?
Kulit wajah menjadi lembap dan lembut dengan serta-merta. Kesan pengurangan kedutan, garis halus, parut dan pigmentasi akan dialami dalam masa 28 hari.
Produk ini hanya mengandungi 100% minyak Argan asli tanpa pewangi, pewarna atau bahan tambahan lain.