Tip Kecantikan: Bagaimana menggunakan minyak argan organik

Tip #1: Jika anda menggunakan minyak argan sebagai produk kecantikan, pastikan anda membeli minyak argan yang menurut piawai kosmetik, bukan minyak argan untuk makanan.

Tip #2: Unuk mengekalkan kebaikan minyak sebaik mungkin (dan lebih mesra alam), gunakan botol kaca yang berwarna gelap, jangan gunakan bekas plastik.

Untuk Muka

Anda boleh menggunakannya pada waktu malam sebagai rawatan pelembapan intensif dan/atau pada waktu pagi sebagai asas kepada mekap anda. Mula gunakan argan pada waktu malam untuk mengetahui bagaimana kulit anda menyukainya.

Kemudian, anda boleh menggunakannya pada waktu siang jika anda memerlukan kelembapan kulit atau hanya sapukan kepada tempat yang kering atau kawasan kedutan. Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan pada waktu pagi juga.

Apabila anda menggunakan 100% minyak argan asli, anda hanya perlu menggunakan beberapa titik untuk keseluruhan muka. Minyak berkenaan akan meresap dengan mudah, tidak meninggalkan kesan berminyak dan boleh digunakan di sekitar kawasan mata anda.

Urutan lembut pada waktu petang pada wajah dengan pengerakan bulatan adalah disyorkan untuk semua jenis wajah. Selain itu, anda juga boleh menggunakan pada bibir anda jika ianya kering.

Penggunaan pada kuku

Untuk menguatkan kuku, campur satu bahagian air dan satu bahagian jus lemon selama sepuluh minit,. Ini bukan sahaja melembutkan kutikel kuku anda tetapi juga menyinarkan kuku anda. Juga, sapuan sedikit minya argan pada tangan anda sebelum tidur.

Penggunaan pada rambut

Minyak argan mengembalikan sinar rambut anda, memelihara kulit kepala untuk pertumbuhan rambut dan membantu memperbetulkan hujung rambut bercabang. Sempurna untuk rambut yang rosak.

Untuk rawatan intensif rambut, sapukan minyak argan yang mengcukupi pada rambut, balutkan kepada dengan tuala suam dan biarkan selama 30 minit atau semalaman. Untuk kulit kepala yang kering atau kelumumur, urut sehingga ke akar rambut. Ulang seminggu sekali atau dua kali seminggu untuk rambut yang cantik, sihat dan bersinar.

Penggunaan untuk badan

Urutan dengan menggunakan minyak argan akan menambahkan ketegangan kulit dan merehatkan tulang. Minyak argan senang menyerap kepada dalam kulit, tanpa meninggalkan kesan berminyak; melembapkan dan melindungi kulit daripada kekeringan. Ianya juga sempurna untuk mengelakkan atau mengurangkan stretch marks juga,
Sapukan minyak argan ke badan anda selepas mandi dengan urutan lembut. Campur dengan losyen badan di tapak tangan anda atau gunakan minyak argan sahaja.

Minyak argan tidak sesuai digunakan semasa di bawah pancaran matahari. Sapukan minyak sekurang-kurangnya 10 minit sebelum anda terdedah kepada matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.
We do not share your personal details with anyone.
0
×
Enter your email to add this item to cart

*By completing this for you are signing upto receive our emails and can unsubscribe at any time.